ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Ordinan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Hakim" atau "Hakim Syarie" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen 5(1), 6(1) atau 8(1);

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 4(1);

"Ketua Pendakwa Syarie" atau "Pendakwa Syarie"masing-masing ertinya Ketua Pendakwa Syarie atau Pendakwa Syarie yang dilantik di bawah seksyen 26(1) dan (3);

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibentuk di bawah seksyen 3;

"Mahkamah Sivil" ertinya mana-mana mahkamah yang dibentuk di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan [G.N. (N.S.)885/57] atau di bawah seksyen 3 Akta Mahkamah Rendah 1948[Akta 92];

"Majlis" ertinya Majlis Islam Sarawak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41];

"Negeri" ertinya Negeri Sarawak;

"Ordinan dimansuhkan" ertinya Ordinan Mahkamah Syariah, 1991[Ord.No. 4/91];

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama yang dilantik di bawah seksyen 27 dan termasuklah Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Penolong Pegawai Penguatkuasa Agama;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 28.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Ordinan ini dan tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001 [Bab 41] atau dalam mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Ordinan atau undang-undang bertulis itu masing-masing setakat yang ertinya itu tidak bercanggah dengan Undang-Undang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.