ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001


Seksyen 25. Kecualian dan peralihan

(1) Apa-apa prosiding yang masih belum selesai pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini di hadapan Jawatankuasa Tatatertib atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib yang ditubuhkan di bawah atau yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran atau dalam perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran hendaklah diteruskan mengikut peruntukan-peruntukan yang terpakai bagi prosiding itu dalam Enakmen Pentadbiran atau perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Enakmen Pentadbiran itu dan Jawatankuasa Tatatertib atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib boleh membuat apa-apa perintah atau keputusan sebagaimana Jawatankuasa Tatatertib atau Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu diberi kuasa untuk membuatnya di bawah peruntukan-peruntukan itu.

(2) Apa-apa kesalahan tatatertib yang dilakukan atau yang dikatakan telah dilakukan oleh seseorang pegawai Majlis sebelum permulaan kuat kuasa Enakmen ini hendaklah diuruskan di bawah peruntukan Enakmen Pentadbiran.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), pegawai yang disebut dalam subseksyen itu hendaklah diberitahu bahawa dia boleh memilih untuk kesalahan tatatertib itu diuruskan di bawah Enakmen ini, dan jika dia memilih sedemikian kesalahan tatatertib itu hendaklah diuruskan mengikut Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.