ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN IV - KEWANGAN



Seksyen 21. Kumpulan Wang Amal Jariah.

Tabung Khairat

(1) (a) Satu kumpulan wang yang dinamakan "Kumpulan Wang Amal lariah" hendaklah juga diadakan untuk mengutip dan mengumpul wang dari masyarakat Islam Negeri ini sebagai sedekah bulanan untuk kegunaan Agama Islam dan kebajikan orang-orang Islam.

Had Membuat Khairat (Derma)

(2) Sesiapapun dengan jalan surat wasiat atau sebagainya, tidak boleh mewakafkan atau bernazarkan lebih satu pertiga (1/3) daripada segala hartanya dan jika dibuatnya juga, itu tidaklah sah kecuali dengan keizinan warisnya.

Pendapatan daripada Wakaf dan Nazar

(3) (a) Pendapatan daripada wakaf jika diterima oleh Baitulmal hendaklah digunakan mengikut apa-apa yang disebutkan di dalam surat wakaf itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.