ENAKMEN 12 TAHUN 1991
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan konteksnya menghendaki makna yang lain-

"agama bukan Islam" ertinya agama Kristian, Hindu, Budha, Sikh, Yahudi, atau apa-apa variasi, versi, bentuk, atau cabang mana-mana agama tersebut, dan termasuklah apa-apa pegangan ideologi, falsafah, atau apa-apa kumpulan amalan atau penunaian, yang mana salah satu daripada sifat-sifatnya ialah menyembah suatu wujudan atau kuasa spiritual atau ghaib, sama ada benar atau yang disangkakan, atau yang mengakui bahawa tujuannya atau salah satu daripada tujuan-tujuannya ialah pencapaian pengajaran spiritual, perlindungan spiritual, atau kewujudan spiritual, iaitu suatu pegangan, ideologi, falsafah, atau kumpulan amalan atau penunaian yang tidak diakui oleh agama Islam sebagai berunsur Islam.

"bahan publisiti " berhubung dengan mana-mana terbitan, ertinya apa-apa bahan, termasuk suatu gambar, gambar foto, poster, rajah, surat edaran, gelangsar filem, iklan di akhbar dan apa-apa bentuk iklan lain, yang bertujuan untuk memberi publisiti kepada terbitan tersebut;

"filem" termasuklah-
"Negeri" ertinya Negeri Johor;

"orang Islam" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam;

"pegawai diberikuasa" ertinya pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 10 menjadi pegawai diberikuasa di bawah Enakmen ini;

"rakaman audio" ertinya apa-apa bahan, termasuk piring-piring hitam fonograf, pita-pita rakaman, dan laser discs yang mana dirakamkan rakaman suara manusia; dan

"terbitan" ertinya apa-apa buku, majalah, pamflet, risalah atau apa-apa bahan bacaan lain, sama ada dicetak, ditaip, ditulis tangan, atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain, dan apa-apa bentuk keluaran ulangannya, dan termasuklah apa-apa filem dan rakaman audio.

(2) Bagi maksud-maksud Enakmen ini, suatu terbitan hendaklah dianggap sebagai suatu terbitan mengenai suatu agama bukan Islam jika-
sebuah buku atau teks, atau mana-mana bahagian sebuah buku atau teks, yang kepada penganut atau anggota-anggota agama itu adalah suatu buku suci atau buku asas, atau satu daripada teks-teks penting, bagi agama itu, atau jika pada intisarinya ia adalah suatu terbitan yang-
(3) Walaupun suatu terbitan itu adalah suatu terbitan mengenai suatu agama bukan Islam dengan sebab bahawa ia termasuk di bawah perenggan (i), (ii) atau (iii) seksyen-kecil (2), ia hendaklah tidak merupakan subjek suatu kesalahan di bawah Enakmen ini jika terbitan itu pada keseluruhannya adalah bagi kepentingan agama Islam atau bagi orang-orang Islam sebagai orang-orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.