ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN IV - KEWANGAN



Seksyen 24. Akaun dan audit.

(1) Perbadanan hendaklah menyimpan akaun yang wajar dan rekod-rekod lain berhubung dengan urusannya dan hendaklah menyediakan atau memastikan disediakan suatu penyata akaun bagi tiap-tiap tahun kewangan.

(2) Akaun Perbadanan hendaklah diaudit pada tiap-tiap tahun oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik oleh Ketua Audit Negara.

(3) Selepas sahaja akaun Perbadanan bagi tahun sebelumnya diaudit,tetapi tidak lewat dari enam bulan selepas akhir tahun kewangan, Perbadanan hendaklah menghantar satu salinan penyata akaun yang telah diaudit kepada Menteri, berserta dengan satu salinan apa-apa pandangan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara atau juruaudit lain yang dilantik di bawah subseksyen (2) berhubung,dengan penyata akaun Perbadanan.

(4) Menteri hendaklah mengarahkan supaya satu salinan tiap-tiap penyata akaun dan pandangan Ketua Audit Negara atau juruaudit dibentangkan kepada Menteri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.