ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN III - PENTADBIRAN



Seksyen 15. Perlantikan pegawai dan pengkhidmat Perbadanan.

(1) Perbadanan boleh melantik sebilangan pegawai, pengkhidmat yang berkenaan sebagaimana yang perlu untuk menjalankan fungsi dan tugasnya di bawah Enakmen ini.

(2) Pegawai dan pengkhidmat Perbadanan adalah di bawah kawalan pentadbiran Pengurus Besar.

(3) Pegawai dan pengkhidmat Perbadanan hendaklah memegang jawatan bagi tempoh berkenaan sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan dengan kelulusan Majlis dan tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan yang boleh ditentukan oleh Majlis.

(4) Perbadanan boleh membuat peraturan berhubung dengan perlantikan, tatakelakuan dan tatatertib pegawai dan pengkhidmatnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.