ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 7. Tempoh memegang jawatan Hakim Mahkamah Syariah.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) hingga (6), Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 4, seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 5(1) dan seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang dilantik di bawah seksyen 6(1), hendaklah masing-masingnya memegang jawatan sehingga dia mencapai umur enam puluh lima tahun atau sehingga suatu masa kemudiannya, sebagaimana yang diluluskan oleh Yang di-Pertua Negeri, atas syor Majlis, tetapi masa itu tidak boleh melebihi enam bulan selepas dia mencapai umur enam puluh lima tahun.

(2) Seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan memutuskan surat yang ditandatangani olehnya kepada Yang di-Pertua Negeri tetapi tidak boleh dipecat daripada jawatan kecuali mengikut peruntukan-peruntukan berikut dalam seksyen ini.

(3) Jika Ketua Hakim Syarie merujukkan representasi kepada Yang di-Pertua Negeri menyatakan bahawa seseorang Hakim Mahkamah Rayuan Syariah atau Hakim Mahkamah Tinggi Syariah patut dipecat atas alasan -

Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik suatu tribunal mengikut subseksyen (4) dan merujukkan representasi itu kepadanya, dan boleh, atas syor tribunal itu, memecat Hakim itu daripada jawatan.

(4) Maka hendaklah ada suatu tribunal yang mengandungi tidak kurang daripada lima orang beragama Islam yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Pesekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi Malaysia, dan tribunal itu hendaklah diketuai oleh anggota mengikut susunan pelantikan mereka bagi jawatan yang melayakkan mereka menjadi anggota.

(5) Sementara menantikan apa-apa rujukan dan laporan di bawah subseksyen (3), Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, menggantung Hakim tersebut daripada menjalankan fungsinya.

(6) Tertakluk kepada seksyen ini, Yang di-Pertua Negeri boleh membuat peraturan bagi membuat peruntukan mengenai syarat-syarat jawatan, perletakan dan pelucutan dari jawatan Ketua Hakim Syarie.

(7) Walau apa pun subseksyen (1), keesahan apa-apa perkara yang dilakukan oleh Ketua Hakim Syarie atau seseorang Hakim Mahkamah Syariah tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa dia telah mencapai had umur yang dia dikehendaki bersara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.