Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN Ill
PERATORAN ('AM)



Seksyen 55. Keterangan.

(1) Mahkamah hendak-Iah mengikut segala peratoran Hukum Shara' yang berkenaan dengan bilangan, taraf dan rupa pendirian saksi2 atau keterangan yang di-kehendaki bagi menerangkan satu2 perkara. Sa-lain daripada yang telah d1-sebutkan, Mahkamah hendak-Iah mengambil perhatian di-atas undang2 keterangan yang berjalan kuasa-nya pada masa itu di-dalam Negeri ini dan hendak-Iah mengikut d1-atas dasar2 undang2 itu. Tetapi tidak-Iah terpaksa mengikut-nya dengan tepat.

(2) Segal a keterangan hendak-Iah pada lazim-nya di-buat dengan sumpah yang di-pakai dan di-buat oleh orang2 Islam tetapi dengan alasan2 yang khas di-atas perkara yang tertentu Mahkamah boleh-Iah meninggalkan sumpah dan mengambil keterangan dengan pengakuan. Pengakuan hendak -lah di-buat saperti ini: "Bahawa saya . .......................... .(nama) dengan sa-sunggoh-nya dengan suchi hati mengaku segala perkara yang hendak saya sebut di-dalam bichara ini semua-nya benar. Tidak-Iah apa2 yang tiada benar melainkan benar belaka". Baik dengan sumpah atau pengakuan sa-saorang saksi itu hendak-lah menyatakan yang benar.

(3) Jika pada fikiran Mahkamah mana2 saksi yang sengaja membuat keterangan yang palsu di-dalam mana2 perbicharaan, maka Mahkamah boleh-Iah menyatakan kapada Penda'awa Raya atau pun timbalan-nya, atau pun boleh-lah di-jalankan kuasa yang di-tentukan dalam fasal (12) dalam Undang2 Sumpah Pengakuan, 1949, yang di-berikan kapada Pengadil Mahkamah2 perengkat pertama di-dalam perkara2 yang saperti itu terta'alok-lah kapada had2 dan sharat2 yang di-tentukan di-dalam fasal itu. Siapa2 yang di-hukum mengikut fasal kechil ini ada-lah berhak meminta ulang bichara sa-olah2 ia-nya di-hukum di-bawah undang2 itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.