ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Seksyen 22. Catatan dalam Daftar Perkahwinan
(1) Selepas sahaja akad nikah sesuatu perkahwinan dilakukan, Pendaftar hendaklah mencatatkan butir-butir yang ditetapkan dan ta’liq yang ditetapkan atau ta’liq lain bagi perkahwinan itu di dalam Daftar Nikah, Cerai dan Ruju’.
(2) Catatan itu hendaklah diakusaksi oleh pihak-pihak kepada perkahwinan itu, oleh wali, dan dua orang saksi, selain daripada Pendaftar, yang hadir semasa perkahwinan itu diakadnikahkan.
(3) Catatan itu hendaklah kemudiannya ditandatangani oleh Pendaftar itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.