ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998


Jadual Pertama

Perlantikan, pembatalan dan perletakan jawatan.

1. (1) Tertakluk kepada syarat-syarat berkenaan sebagaimana yang ditentukan di dalam suratcara perlantikannya, seseorang ahli Perbadanan hendaklah memegang jawatan untuk tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan layak untuk dilantik semula.

(2) Perlantikan mana-mana ahli boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Yang di-Pertua Negeri tanpa memberikan apa-apa sebab untuknya.

(3) Seseorang ahli boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa dengan surat yang dialamatkan kepada Yang di-Pertua Negeri.

Pengosongan jawatan.

2. (1) Jawatan seseorang ahli Perbadanan hendaklah dikosongkan-

(2) Jika mana-mana orang tidak lagi menjadi ahli oleh sebab mana-mana daripada peruntukan Enakmen ini, orang lain hendaklah dilantik menggantikan tempatnya mengikut peruntukan yang terpakai.

Mesyuarat.

3. (1) Perbadanan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali tiap-tiap dua bulan.

(2) Kuorum Perbadanan adalah lima orang.

(3) Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, Perbadanan hendaklah menetapkan tatacaranya sendiri.

Perbadanan boleh menjemput orang lain ke mesyuarat

4. Perbadanan boleh menjemput atau meminta mana-mana orang (yang bukan ahli Perbadanan) menghadiri apa-apa mesyuarat atau pertimbangan Perbadanan untuk tujuan menasihatkannya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan, tetapi mana-mana orang yang menghadiri sedemikian tidak mempunyai hak untuk mengundi di mesyuarat atau pertimbangan tersebut.

Penzahiran kepentingan.

5. Seseorang ahli Perbadanan yang mempunyai, secara langsung atau tak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat apa-apa kontrak ataupun yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang sedang dibincangkan oleh Perbadanan hendaklah menzahirkan kepada Perbadanan mengenai hal kepentingan itu dan juga jenisnya dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat Perbadanan dan ahli itu tidak boleh mengambil apa-apa bahagian di dalam apa-apa perbincangan atau keputusan Perbadanan berhubung dengan kontrak atau perkara itu melainkan jika dibenarkan dengan khususnya oleh Pengerusi.

Minit.

6. (1) Perbadanan hendaklah memastikan minit semua mesyuaratnya diselenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang betul.

(2) Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Perbadanan hendaklah, jika ditandatangani dengan wajar, diterima di dalam keterangan dalam segala prosiding undang-undang dengan tidak menghendaki apa-apa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Perbadanan berkenaan dengan prosiding yang minit telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan sebagai telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua ahli yang hadir sebagai berkelayakan mengambil bahagian dalamnya.

Keesahan tindakan dan prosiding.

7. Tiada tindakan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah Enakmen ini tidak boleh dlpersoalkan atas alasan-

Pengerusi Perbadanan.

8. Pengerusi Perbadanan hendaklah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai pengalaman tidak kurang dari 10 tahun dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri atau mana-mana badan berkanun atau mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Majlis atau Kerajaan Negeri Sabah.

Pengurus Besar Perbadanan

9. Pengurus Besar Perbadanan hendaklah seorang rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan seperti berikut -




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.