Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
ZAKAT DAN FITRAH



Seksyen 105. Kuasa2 Majlis.

(1) Majlis hendak-lah berkuasa memungut bagi pehak Duli Yang Maha Mulia akan Zakat dan Fitrah yang kena di-bayar di-dalam Negeri ini mengikut Hukum Shara':

Dengan sharat bahawa kuasa itu tidak boleh di-jalankan oleh Majlsi sa-hingga satu ketetapan membuat demikian itu telah di-luluskan oleh Majlis dan di-perkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia.

(2) Sa-telah di-terbitkan di-dalam Warta Kerajaan akan ketetapan yang tersebut di-dalam cheraian (1) daripada fasal ini dan terta'alok kapada sharat2 Hukum Shara', maka hendak-lah menjadi wajib ka-atas sekalian orang Islam membayar Zakat dan Firtah.

(3) Terta'alok kapada sharat2 daripada Undang2 ini sa-suatu Zakat atau Fitrah yang di-pungut boleh di-pisahkan oleh Majlis dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia mengikut Hukum Shara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.