Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Seksyen 23. Aturan urusan mesyuarat
(1) Yang Dipertua hendaklah menentukan aturan urusan mesyuarat.
(2) Yang Dipertua boleh memutuskan aturan anggota-anggota Majlis untuk berucap dalam mesyuarat dan boleh pada bila-bila masa menghendaki mana-mana anggota berhenti berucap dalam mesyuarat.
(3) Jika di atas apa-apa ketetapan terdapat persamaan undi, Yang Dipertua hendaklah mempunyai undi pemutus.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.