ENAKMEN 12 TAHUN 1991
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1991

BAHAGIAN III - PENGUATKUASAAN DAN PELBAGAI



Seksyen 15. Pengendalian pendakwaan

Tanpa prajudis kepada Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana pegawai diberikuasa atau mana-mana pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Inspektor hendaklah mempunyai kuasa untuk hadir di mana-mana mahkamah dan mengendalikan mana-mana pendakwaan berkaitan dengan mana-mana kesalahan di bawah Enakmen ini.

Diluluskan dalam Dewan Negeri Johor pada 24hb Disember 1991.
ABDUL MALICK BIN AWANG
Jurutulis Dewan Negeri,
Johor




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.