Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

PERATORAN DI-DALAM PERBICHARAAN JINAYAH



Seksyen 63. Menangkap dengan tiada Waran.

Mana2 Pegawai Polis dan, jika Pegawai Polis di-ketahul tiada, mana2 Penghulu atau mana2 Naib Kadhi atau mana2 Ketua Kampong atau sa-orang Pegawai yang di-lantek oleh Yang di-Pertua dengan bertulis boleh menangkap dengan tiada waran akan:

(a) sa-siapa yang sudah membuat kesalahan atau menchuba membuat kesalahan di-hadapan-nya ia-itu kesalahan di-dalam Undang2 ini yang akan merosakkan keamanan; atau

(b) sa-siapa yang sudah melakukan di-hadapan-nya sa-barang kesalahan di-dalam Undang2 ini dan, apabila di-minta, enggan atau tiada dapat memberi nama dan tempat tinggal-nya yang penoh lagi terang; atau

(c) sa-siapa yang sudah di-keluarkan waran ka-atasnya di-bawah Undang2 ini, walau pun waran itu tiada di-dalam tangan-nya, dan hendak-lah membawa atau pun mengusahakan supaya dibawa orang yang di-tudoh itu ka-dalam Mahkamah dengan tiada lengah dalam masa dua puloh empat jam daripada masa orang itu di-tangkap.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.