ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN IV - PEMANSUHAN, PERKECUALIAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 29. Pemansuhan, perkecualian dan peruntukan peralihan

(1) Ordinan Mahkamah Syariah, 1991 [Ord. No. 4/91] adalah dengan ini dimansuhkan.

(2) Apabila mula berkuatkuasanya Ordinan ini, segala kuasa Mahkamah Syariah yang dibentuk di bawah Ordinan dimansuhkan hendaklah diambil alih atau dijalankan oleh Mahkamah Syariah yang dibentuk d bawah Ordinan ini dan apa-apa sebutan di dalam mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya mengenai Mahkamah Syariah yang dibentuk di bawah Ordinan dimansuhkan hendaklah disifatkan sebagai sebutan mengenai Mahkamah Syariah yang dibentuk di bawah Ordinan ini.

(3) Apa-apa prosiding, tindakan, tuntutan atau liabiliti yang dibuat, dimulakan, difailkan, dijalankan atau dilakukan di dalam atau di hadapan Mahkamah Syariah yang dibentuk di bawah Ordinan dimansuhkan terdahulu daripada tarikh mula berkuatkuasanya Ordinan ini, hendaklah disifatkan telah diteruskan atau telah dilakukan seolah-olah Mahkamah Syariah itu telah dibentuk dengan sempurna di bawah Ordinan ini.

(4) Semua kaedah mahkamah dan perundangn subsidiari lain yang dibuat di bawah, dan apa-apa tindakan yang dilakukan dengan sahnya di bawah atau menurut kuasa, Ordinan dimansuhkan hendaklah, setakat kaedah-kaedah mahkamah atau perundangan subsidiari itu tidak takkonsisten dengan Ordinan ini, disifatkan telah dibuat di bawah atau menurut kuasa Ordinan ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga dipinda, dimansuhkan, diungkaikan, dibatalkan atau digantikan di bawah atau menurut kuasa Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.