ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 22. Meterai Mahkamah, bahasa dan rekod.

(1) Tiap-tiap Mahkamah Syariah hendaklah mempunyai dan menggunakan, apabila perlu, meterai yang bentuk atau coraknya ditetapkan oleh Yang di-Pertua Negeri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2) (a) Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa bagi semua prosiding Mahkamah Syariah tetapi Mahkamah Syariah boleh demi kepentingan keadilan membenarkan penggunaan mana-mana bahasa lain.

(b) Semua dokumen atau nota prosiding bolehlah dibuat dalam skrip Jawi atau Rumi.

(c) Tiap-tiap Mahkamah Syariah hendaklah menyimpan dan menjaga rekod yang lengkap dan betul berkenaan dengan segala tindakan atau perbicaraan di hadapannya, akaun yang lengkap dan betul mengenai segala urusan kewangan Mahkamah Syariah dan hendaklah mengakaunkan segala wang yang diterima mengikut cara yang diperuntukkan oleh Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.