Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 110. Sekatan ke-atas masjid2 baharu.

(1) Sa-orang pun tiada boleh mendirikan masjid atau mewakafkan atau menggunakan mana2 bangunan yang ada sa-bagai masjid atau saperti-nya dengan tiada mendapat kebenaran yang bertulis daripada Majlis.

(2) Kebenaran yang demikian itu tiada boleh di-beri melainkan tapak masjid yang di-chadangkan itu telah atau akan sa-belum di-bena atau di-wakafkan, di-jadikan wakaf.

(3) Majlis boleh menegah daripada menggunakan segala atau sa-barang masjid2 atau madrasah2 bagi sa-barang maksud atau maksud2 yang di-fikirkan tidak munasabah.

(4) Tegahan yang tersebut itu hendak-Iah di-sampaikan dengan kenyataan yang bertulis yang di-tanda tangani oleh Yang di-Pertua kapada Pengerusi Jawatan-kuasa Pengelola bagi Masjid atau Madrasah yang berkenaan dan kenyataan bagi tegahan yang tersebut itu hendak-Iah langsong dinyatakan kapada orang ramai oleh Pengerusi yang tersebut dengan jalan melekatkan suatu kenyataan yang bertulis tentang tegahan yang tersebut itu pada tempat yang tampak jelas di-Masjid at au Madrasah yang berkenaan dan dengan jalan mengambil lain2 langkahan (jika ada) sa-bagaimana yang di-fikirkan-nya mustahak bagi menghebahkan perkara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.