Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN IX - KESALAHAN2
Seksyen 180. Menjadi Barua.
(1) Sa-siapa yang di-dapati menjadi barua ada-lah ber-salah dengan kesalahan yang boleh di-hukum dengan pen-jara yang tiada lebeh daripada enam bulan.
(2) Perkataan "barua" berma'ana orang yang menjalankan pekerjaan sa-bagai orang tengah di-antara sa-orang perempuan dengan sa-orang lelaki bagi tujuan ma'siat.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.