ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008
Seksyen 4. Pelantikan Ketua Hakim Syarie
(1) Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, atas nasihat Majlis, melantik seorang Ketua Hakim Syarie.
(2) Seseorang itu layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika—
(a) dia seorang warganegara Malaysia; dan
(b) dia—
(i) selama tidak kurang daripada sepuluh tahun sebelum pelantikannya, telah memegang jawatan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Kadi atau Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah atau Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah atau Pendakwa Syarie di Negeri Kedah Darul Aman atau pada suatu masa memegang mana-mana satu daripada jawatan itu dan pada masa yang lain memegang mana-mana yang lain pula; atau
(ii) seorang yang arif tentang Hukum Syarak.
(3) Orang yang, sebelum sahaja mula berkuat kuasa seksyen ini, memegang jawatan Ketua Hakim Syarie dan melaksanakan fungsi-fungsi kehakiman hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terus memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Syarie seolah-olah dia telah dilantik di bawah subseksyen (1).
(4) Pelantikan di bawah seksyen ini hendaklah disiarkan dalam
Warta
.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.