ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 24. Tindakan bersaling dan proses Mahkamah.

(1) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri di Malaysia mengeluarkan waran atau saman, sama ada mal atau jenayah, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengenai sesuatu perkara di dalam bidang kuasanya di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa dalam Negeri itu, untuk dilaksanakan ke atas atau disampaikan klepada seseorang yang berada atau dipercayai berada dalam Negeri itu, maka Ketua Hakim Syarie atau Hakim Syarie boleh mengendorskan waran atau saman itu dan waran atau saman itu boleh dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada orang itu seolah-olah waran atau saman itu telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah dalam Negeri itu mengikut peruntukan Ordinan ini.

(2) Jika Mahkamah Syariah dalam Negeri mengeluarkan waran yang memberikan kuasa untuk menangkap mana-mana orang, atau saman yang memanggil mana-mana orang supaya hadir di Mahkamah Syariah, dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam mana-mana Negeri lain di Malaysia dan waran atau saman itu telah dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada orang itu mengikut peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dalam Negeri itu, maka waran atau saman itu hendaklah, bagi maksud Ordinan ini, disifatkan telah dilaksanakan atau disampaikan dengan sempurna seolah-olah pelaksanaan atau penyampaian itu telah dilaksanakan atau disempurnakan dalam Negeri.

(3) Jika Mahkamah Syariah dalam mana-mana Negeri di Malaysia membuat satu perintah atau penghakiman di bawah peruntukan mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa dalam Negeri itu terhadap seseorang dan orang itu berada atau dipercayai berada dalam Negeri, maka Ketua Hakim Syarie atau Hakim Syarie, jika dia berpuas hati bahawa perintah atau penghakiman itu telah dikeluarkan atau dibuat dengan sempurna oleh suatu Mahkamah yang kompeten dalam mana-mana Negeri di Malaysia, boleh mengendorskan perintah atau penghakiman itu dan perintah atau penghakiman itu boleh dilaksanakan ke atas atau disampaikan kepada orang itu, seolah-olah perintah atau penghakiman itu suatu perintah atau penghakiman yang telah dikeluarkan atau dibuat dengan sahnya oleh Mahkamah Syariah dalam Negeri mengikut peruntukan Ordinan ini.

(4) Waran, saman, perintah atau apa-apa proses lain Mahkamah yang dikeluarkan atau dibuat oleh Mahkamah Syariah di bawah seksyen ini hendaklah mengandungi meterai dan tandatangan Ketua Hakim Syarie atau Hakim Syarie atau seseorang pegawai diberi kuasa Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.