Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965
BAHAGIAN Ill
MAHKAMAH2 SHAR'IAH
Seksyen 46. Ulang Bichara.
(1) Ulang bichara daripada Mahkamah Kadhi Besar dan Mahkamah Kadhi hendak di-serahkan kapada Jawatankuasa Ulang Bichara yang akan di-tubohkan berikut daripada keputusan Mahkamah Kadhi Besar atau Mahkamah Kadhi:
(a) bagi kuasa tadbir jinayah-nya, di-perbuat oleh saorang yang di-dapati salah dan di-hukum penjara atau denda yang tidak kurang daripada dua puloh lima ringgit; permintaan ulang bichara itu boleh di-perbuat kerana menentang keputusan mendapatkan kesalahan atau hukuman atau pun kedua2-nya;
(b) di-dalam kuasa mal-nya-
(i) di-perbuat oleh sa-saorang yang tidak puas hati dengan hukuman yang di-jatohkan oleh Mahkamah Kadhi atau Mahkamah Kadhi Besar jika harga perkara yang di-tuntut itu tiada kurang daripada sa-ratus ringgit;
(ii) di-perbuat oleh sa-saorang yang tiada puas hati dengan keputusan yang berthabit dengan segala perkara yang mengenai taraf diri-nya;
(iii) di-perbuat oleh sa-saorang yang tiada puas hati dengan keputusan di-dalam segala perkara yang berthabit dengan nafkah orang2 tanggongan-nya:
Dengan sharat bahawa permintaan ulang bichara itu tidak boleh di-perbuat jika keputusan itu ia-Iah dengan persetujuan oleh kedua belah pehak .
(c) di-dalam lain2 perkara jika di-benarkan ulang bichara oleh Jawatan-kuasa Ulang Bichara.
(2) Maka Jawatan-kuasa Ulang Bichara itu hendak-Iah mengandongi tiga orang ahli, salah sa-orang daripada-nya hendak-Iah Mufti dan sa-orang Pengerusi tetap yang ada pengelaman dalam hal Mahkamah dan mendapat Tauliah daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan dan sa-orang lagi di-pileh daripada sa-kumpulan sa-ramai tujoh orang sakurang2-nya yang di-Iantek pada tiap2 tahun oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan.
(3) Apakala mana2 orang meminta Ulang Bichara di-atas hukuman Mahkamah Kadhi Besar atau sa-buah Mahkamah Kadhi atau pun memohon kebenaran ulang bichara mengikut sa-bagaimana sharat dalam fasal kechil (c) kapada fasal ini, maka hendak-Iah Yang di-Pertua melantek Jawatan-kuasa Ulang Bichara itu untok menjalankan ulang bichara itu atau pun menyemak p~rmohonan kerana kebenaran membuat ulang bichara itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.