Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 164. Tiada membuat kewajipan di-dalam Undang2.

Sa-siapa yang di-tanggongkan -oleh Undang2 ini kewajipan-nya sa-bagai 'Amil atau lain2 mendaftarkan apa2 perkara atau perjalanan atau membuat, menyedia, menyimpan atau menjaga daftar menunjokkan bayaran, buku kira2, anggaran perbelanjaan, daftar, rasit (counterfoil), buku meshuarat, pungutan khairat, atau mengeluarkan surat keterangan, rasit atau salinan yang sah tiada mahu atau sengaja at au tiada membuat kewajipan itu atau menjalankan dengan jalan yang salah atau tiada betul boleh-Iah di-hukum penjara sa-lama tidak lebeh daripada enam bulan atau dengan denda tiada lebeh daripada lima ratus ringgit atau pun kedua2 penjara dan denda sa-kali.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.