ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 28. Peguam Syarie.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), Ketua Hakim Syarie boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, menerima masuk mana-mana orang yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang Undang-Undang Islam menjadi Peguam Syarie untu mewakili pihak-pihak dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah Syariah.

(2) Ketua Hakim Syarie boleh membuat kaedah-kaedah-
(3) Walau apa pun subseksyen (1) -

boleh bertindak sebagai Peguam Syarie bagi mewakili mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding dalam Mahkamah Syariah jika pihak itu boleh diwakili olehnya dalam Mahkamah Sivil menurut kuasa Ordinan Peguambela[Swk. Bab 110] tanpa anggota atau orang itu perlu diterima masuk sebagai peguambela di bawah Ordinan itu.

(4) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), mana-mana orang yang telah diterima menajdi Peguam Syarie di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di mana-mana Negeri lain di Malaysia boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, diterima masuk sebagai Peguam Syarie di dalam Negeri apabila permohonan dibuat olehnya kepada Ketua Hakim Syarie dengan menyertakan keterangan yang menunjukkan bahawa dia telah diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Negeri lain itu.

(5) Seseorang yang sebelum sahaja seksyen ini mula berkuat kuasa telah diterima masuk menajdi Peguam Syarie di bawah Ordinan dimansuhkan hendaklah, tertakluk kepada Ordinan ini, disifatkan telah diterima masuk menjadi Peguam Syarie dan hendaklah berhak kadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah itu.

(6) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada seorang pun, selain Peguam Syarie atau orang yang disebut dalam subseksyen (3) dan (4), berhak hadir di dalam mana-mana Mahkamah Syariah bagi pihak mana-mana pihak kepada apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.