ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001


JADUAL PERTAMA (Bahagian I)
KAEDAH-KAEDAH TATATERTIB NEGARA

BAHAGIAN I - PERMULAAN

Pemakaian

1. (1) Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi seseorang pegawai sepanjang tempoh perkhidmatannya.

(2) Pelanggaran mana-mana peruntukan tatakelakuan yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah ini oleh seseorang pegawai boleh menyebabkannya dikenakan tindakan tatatertib.

Tafsiran

2. (1) Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“anak” ertinya—

“institusi kewangan” ertinya bank atau institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau Bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983 [Akta 276];

“koperasi” ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 [Akta 502];

“mahkamah” ertinya mahkamah, termasuklah Mahkamah Syariah, yang mempunyai bidang kuasa wibawa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan jenayah;

“penanggung insurans” ertinya penanggung insurans yang dilesenkan di bawah Akta Insurans 1996 [Akta 553] atau pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Takaful 1984 [Akta 312];

“sabitan” atau “disabitkan”, berhubung dengan seseorang pegawai, ertinya suatu dapatan oleh sesuatu mahkamah jenayah, termasuk Mahkamah Syariah, yang mempunyai bidang kuasa wibawa di bawah mana-mana undang-undang bertulis bahawa pegawai itu bersalah atas sesuatu kesalahan jenayah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.