ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 26. Pelantikan Ketua Pendakwa Syarie dan Pendakwa-Pendakwa Syarie.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melantik seseorang, yang berkelayakan menajdi Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, untuk menjadi Ketua Pendakwa Syarie.

(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan mana-mana Mahkamah Syariah.

(3) Majlis boleh, atas syor Ketua Pendakwa Syarie, melantik orang-orang yang layak dan sesuai dari kalangan anggota-anggota Perkhidmatan Awam Negeri menjadi Pendakwa-Pendakwa Syarie.

(4) Pendakwa-Pendakwa Syarie hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendakwa Syarie dan boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang terletakhak pada atau yang boleh dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie sendiri, kecuali hak dan kuasa yang dinyatakan sebagai boleh dijalankan sendiri oleh Ketua Pendakwa Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.