ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN
Seksyen 45. Bidangkuasa membuat sesuatu perintah
Kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya dengan nyata, tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini membolehkan Mahkamah membuat sesuatu perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan
talaq
kecuali-
(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan sebagai didaftarkan di bawah Enakmen ini; atau
(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut Hukum Syarak; dan
(c) jika permastautin salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam Negeri Kedah Darul Aman.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.