ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN III - PENTADBIRAN



Seksyen 19. Mesyuarat Jawatankuasa.

(1) Semasa Pengerusi jawatankuasa tidak hadir dalam mana-mana mesyuarat jawatankuasa, ahli jawatankuasa berkenaan yang lain yang dipilih oleh ahli-ahli yang hadir hendaklah mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat jawatankuasa adalah tiga.

(3) Keputusan mesyuarat hendaklah dibuat secara Syura.

(4) Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang ke mesyuarat jawatankuasa sesiapa yang pada pendapatnya boleh memberi sumbangan kepada perbincangannya tetapi orang berkenaan hendaklah tidak mempunyai hak untuk mengundi di mesyuarat itu.

(5) Tertakluk kepada seksyen ini dan arahan-arahan Perbadanan, sesuatu jawatankuasa hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.