ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 39. Pindahmilik harta.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini dan kepada apa-apa arahan Perbadanan, segala tanah yang sebelum sahaja atau terdahulu daripada tarikh yang ditetapkan adalah harta Majlis untuk tujuan baitulmal, wakaf dan nazar hendaklah, pada tarikh itu, menjadi harta Perbadanan.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini dan kepada apa-apa arahan Perbadanan, apa-apa harta selain daripada tanah yang sebelum sahaja atau terdahulu daripada tarikh yang ditetapkan menjadi harta Majlis bagi maksud baitumal, wakaf dan nazar atau harta yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihak Majlis untuk tujuan tersebut hendaklah pada tarikh itu, menjadi harta Perbadanan.

(3) Apa-apa harta wakaf Majlis hendaklah diuruskan dan dikendalikan oleh Perbadanan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.