ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001


JADUAL PERTAMA (Bahagian III)
BAHAGIAN III - KETIDAKHADIRAN TANPA CUTI

Tidak hadir untuk bertugas

22. Dalam bahagian ini “tidak hadir”, berhubung dengan seseorang pegawai, termasuklah tidak hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pada masa dan di tempat pegawai itu dikehendaki hadir bagi pelaksanaan tugastugasnya.

Tindakan tatatertib kerana tidak hadir tanpa cuti

23. Ketidakhadiran untuk bertugas oleh seseorang pegawai tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan dia dikenakan tindakan tatatertib.

Tatacara dalam hal ketidakhadiran tanpa cuti

24. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah, Setiausaha hendaklah, secepat yang mungkin, melaporkan hakikat itu berserta dengan tarikh-tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu dan apa-apa maklumat selanjutnya berkenaan dengan ketidakhadiran itu kepada Jawatankuasa Tatatertib.

(2) Jawatankuasa Tatatertib boleh, setelah menimbangkan laporan Setiausaha di bawah subkaedah (1), memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai itu.

Tatacara jika pegawai tidak hadir tanpa cuti dan tidak dapat dikesan

25. (1) Jika seseorang pegawai tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah selama tujuh hari bekerja berturut-turut dan tidak dapat dikesan, Setiausaha hendaklah menyebabkan suatu surat diserahkan keapda pegawai itu sendiri atau dihantar melalui Pos Berdaftar Akuan Terima kepada pegawai itu dialamatnya yang akhir diketahui, mengarahkan pegawai itu supaya segera melaporkan diri untuk bertugas.

(2) Jika selepas surat itu diserahkan—

Setiausaha hendaklah mengemukakan suatu laporan kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah memulakan tindakan tatatertib terhadap pegawai.

(3) Jika surat tidak dapat diserahkan kepada pegawai itu sendiri disebabkan dia tidak lagi tinggal dialamatnya yang akhir diketahui atau juga surat Pos Berdaftar Akuan Terima telah dikembalikan tidak terserah, Setiausaha hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jawatankuasa Tatatertib.

(4) Jawatankuasa Tatatertib hendaklah, apabila menerima laporan yang disebut dalam subkaedah (3), mengambil langkah untuk menyiarkan suatu notis dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan dan mempunyai edaran di seluruh negara sebagaimana yang ditentukan oleh Jawatankuasa Tatatertib—

(5) Jika pegawai itu melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang disebut dalam subkaedah (4), Setiausaha hendaklah melaporkan perkara itu kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Jawatankuasa Tatatertib itu hendaklah memulakan prosiding tatatertib terhadap pegawai.

(6) Jika pegawai itu tidak melaporkan diri untuk bertugas dalam masa tujuh hari dari tarikh penyiaran notis yang disebut dalam subkaedah (4), pegawai itu hendaklah disifatkan telah dibuang kerja daripada perkhidmatan Majlis berkuat kuasa mulai dari tarikh dia tidak hadir bertugas.

(7) Pembuangan kerja seseorang pegawai menurut kuasa subkaedah (6) hendaklah diberitahukan dalam Warta.

Pelucuthakan emolumen kerana tidak hadir untuk bertugas

26. (1) Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir untuk bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah dia tidak berhak kepada apa-apa emolumen bagi tempoh ketidakhadirannya dan segala emolumen sedemikian hendaklah disifatkan telah terlucut hak walaupun Jawatankuasa Tatatertib tidak mengarahkan perlucuthakan itu.

(2) Seseorang pegawai yang emolumennya telah terlucut hak di bawah subkaedah (1) hendaklah diberitahu secara bertulis mengenai perlucuthakan itu.

(3) Perlucuthakan emolumen oleh sebab subkaedah (1) bukanlah suatu hukuman tatatertib.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.