Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 128. Membatal-kan Nikah.

(1) Sa-orang perempuan yang bernikah boleh-lah me-minta dengan jalan penda'awaan di-dalam Mahkamah Nikah, Kadhi kerana hukuman fasakh, mengikut Hukuman Shara'.

(2) Di-dalam mana2 perkara yang demikian Mahkamah hendak-lah jika boleh menyerahkan kapada suami itu notis perbicharaan itu, atau, jika puas hati dengan keterangan sumpah atau ikrar bahawa suami-nya itu tidak ada di-dalam Negeri ini atau tidak dapat di-chari, hendak-Iah serahkan notis perbicharaan itu kapada warith suami-nya yang lelaki yang hampir sa-kali yang ada di-dalam Negeri ini, atau, jika tidak ada orang yang demikian di-ketahui hendak-lah di-suroh tampal surat itu di-rumah yang di-ketahui akhir sa-kali si-suami itu dudok di-dalam Negeri ini.

(3) Hukum tidak-lah boleh di-jatohkan melainkan mengikut sharat2 Hukum Shara' dan dengan menurut keterangan perempuan yang bernikah itu dan sa-kurang2-nya dua orang saksi yang bersumpah atau membuat pengakuan dalam keterangan yang di-beri-nya.

(4) Apabila di-jatohkan hukum fasakh maka hendak-lah Kadhi mendaftarkan perkara itu sa-bagai cherai dan hendak-lah di-keluarkan surat keterangan cherai mengikut borang yang di-tetapkan bagi-nya kapada isteri itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.