ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 42. Pemindahan kumpulan wang.

Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, segala wang yang ada dalam, dan yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang Baitulmal yang ditubuhkan di bawah seksyen 17 dalam Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1977 hendaklah pada tarikh yang ditetapkan dipindahkan kepada kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 20 Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.