ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 5. Pelantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melantik tidak lebih daripada tujuh orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Seseorang layak dilantik di bawah subseksyen (1) jika -
(3) Panel tetap di bawah subseksyen (1) hendaklah selama tempoh tiga tahun dan mana-mana orang yang dilantik menganggotainya hendaklah layak dilantik semula.

(4) Tiap-tiap pelantikan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.