Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 152. Meninggalkan isteri.

(1) Sa-siapa yang telah berhenti daripada bersekedudokan dengan isteri-nya, sa-bagaimana yang dikehendaki oleh Hukum Shara' dan sudah di-perentah oleh Mahkamah supaya bersekedudokan sa-mula dengan isterinya itu, dengan senghaja engkar atau lalai daripada menurut perentah itu, boleh-Iah di-hukum dengan penjara tiada lebeh daripada empat belas hari atau denda tiada lebeh daripada satu ratus ringgit atau pun kedua2 sa-kali penjara dan denda.

(2) Sa-siapa menyeksa dengan memukul atau sa-bagainya atau menganiaya harta-benda isteri-nya boleh-Iah dihukum dengan penjara tiada lebeh daripada empat belas hari atau denda tiada lebeh daripada satu ratus ringgit atau pun kedua2-nya sa-kali penjara dan denda.

(3) Sa-siapa yang tidak memberi ke'adilan yang sempurna kapada isteri-nya mengikut Hukum Shara' boleh-Iah dihukum dengan denda tidak lebeh daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebeh daripada empat belas hari atau pun kedua2 sa-kali penjara dan denda.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.