ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN II - PERBADANAN BAITULMAL



Seksyen 4. Komposisi Perbadanan.

(1) Perbadanan hendaklah terdiri dari ahli-ahli berikut:

(2) Ahli-ahli yang dinyatakan dalam (a), (b), (d), (e) dan (f) subseksyen (1) hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri dan Majlis.

(3) Seseorang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa melalui surat yang dialamatkan kepada Yang di-Pertua Negeri.

(4) Perlantikan seseorang ahli boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Yang di-Pertua Negeri tanpa memberikan apa-apa sebab atau tanpa memberikan apa-apa peluang untuk didengar.

(5) Tertakluk kepada syarat-syarat sebagaimana yang boleh ditentukan dalam suratcara perlantikannya, seseorang ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri hendaklah, melainkan jika dia meletak jawatan atau perlantikannya dibatalkan, memegang jawatan untuk tempoh tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah apabila berhenti menjadi ahli, layak untuk dilantik semula.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.