ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 3. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta, membentuk Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri di mana-mana tempat yang difikirkannya patut.

(2) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta, membentuk suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri.

(3) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Majlis, melalui pemberitahuan dalam Warta, membentuk suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri.

(4) Yang di-Pertua Negeri boleh, atas syor Ketua Hakim Syarie, menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh Ketua Hakim Syarie dan semua Hakim Mahkamah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.