ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN IV - KEWANGAN



Seksyen 25. Penyata laporan dan maklumat.

(1) Perbadanan hendaklah memberi kepada Menteri segala penyata, laporan dan maklumat yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berhubung dengan harta dan kegiatan Perbadanan.

(2) Prosedur kewangan dan perakaunan Perbadanan hendaklah berdasarkan kepada Arahan Perbendaharaan dan Undang-undang Islam yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

(3) Dengan tidak menyentuh keluasan makna peruntukan subseksyen (1), Perbadanan hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhir tiap-tiap satu tahun kewangan mengarahkan supaya dibuat dan dihantar kepada Menteri suatu laporan berhubung dengan kegiatan Perbadanan dalam masa tahun kewangan yang lalu dalam bentuk yang berkenaan dan mengandungi maklumat yang berkenaan berhubung dengan perjalanan dan dasar Perbadanan sebagaimana yang diarahkan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(4) Majlis hendaklah mengarahkan supaya suatu salinan laporan Perbadanan dibentangkan kepada Menteri.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.