Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IV - KEWANGAN AMANAH KHAIRAT
BAITUL MAL



Seksyen 95. Sekatan2 pada penubohan amanah2 khairat.

(1) Sama ada atau tidak di-buat dengan jalan wasiat atau pemberian waktu hendak mati, maka tidak-Iah boleh wakaf atau nazar, yang di-buat sa-lepas daripada mula berjalan-nya Undang2 ini dan mengenai lebeh daripada satu pertiga harta orang yang membuat sa-demikian, menjadi sah berkenaan dengan yang lebeh daripada satu pertiga itu.

(2) Tiap2 wakaf khas atau nazar yang di-buat sa-Iepas daripada mula berjalan-nya Undang2 ini ada-Iah menjadi
terbatal dan tidak sah melainkan-

Dengan sharat jika tidak ada Penghulu, Pegawai Masjid atau Ketua Kampong yang tersebut dahulu di-sini maka sa-orang Islam lain yang dewasa tidak akan berhak memdapat sa-suatu faedah yang berguna daripada membuat wakaf khas atau nazar itu hendaklah menjadi sa-orang saksi yang boleh di-pakai.

(3) Fasal ini tidak boleh mengesahkan sa-suatu wasiat, pemberian waktu hendak mati, wakaf atau nazar yang tidak sah menurut sharat2 Hukum Shara' atau menurut sa-suatu undang2 yang bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.