ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008
Seksyen 8. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah
(1) Sesuatu rayuan di Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan diselesaikan oleh seorang pengerusi dan dua orang Hakim Mahkamah Rayuan yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie daripada kalangan anggota panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah subseksyen 5(1).
(2) Walau apapun seksyen 5, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat demikian.
(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah menjadi pengerusi tiap-tiap prosiding Mahkamah Rayuan Syariah, melainkan—
(a) jika rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah itu ialah terhadap keputusan Ketua Hakim Syarie yang telah bersidang sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah; atau
(b) jika Ketua Hakim Syarie tidak dapat menjadi pengerusi kerana apa-apa sebab lain,
Ketua Hakim Syarie hendaklah melantik Hakim yang paling kanan antara Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.