ENAKMEN 7 tahun 2008
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan Kepada Perkahwinan
Seksyen 19. Kebenaran perlu sebelum akad nikah
Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan melainkan suatu kebenaran berkahwin telah diberi-
(a) oleh Pendaftar di bawah seksyen 17 atau oleh Hakim Syarie di bawah seksyen 18, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Negeri Kedah Darul Aman; atau
(b) oleh pihak berkuasa yang hak bagi sesuatu negeri, jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin di negeri itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.