Enakmen 5 Tahun 2008
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (KEDAH DARUL AMAN) 2008
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Seksyen 31. Jawatankuasa tatatertib
(1) Majlis boleh menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori yang berlainan pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmatnya.
(2) Yang berikut hendaklah terpakai bagi sesuatu jawatankuasa tatatertib—
(a) sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Majlis, selain Yang Dipertua, atau pegawai Majlis atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu hendaklah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua Majlis; dan
(b) seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidaklah boleh lebih rendah pangkatnya daripada seseorang pegawai yang ke atasnya jawatankuasa tatatertib yang dianggotainya mempunyai kuasa tatatertib.
(3) Sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai-pegawai dan pekhidmat-pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.
(4) Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan tatatertib yang dibuat di bawah seksyen 32.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.