ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN III - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 27. Pelantikan Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama.

Majlis boleh, atas syor Pengarah Jabatan Agama Islam, melantik dari kalangan anggota-anggota Perkhidmatan Awam Negeri seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan bagi kesalahan di bawah Ordinan Majlis Islam Sarawak, 2001[Bab 41] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.