Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 184. Melarikan isteri orang.

(1) Sa-siapa yang melarikan atau menyebabkan sasaorang isteri lari atau meninggalkan rumah tangga yang di-tentukan oleh suami-nya ada-Ian bersalah dengan kesalahan yang boleh di-hukum penjara yang tiada lebeh daripada sa-tahun dan denda tidak lebeh daripada sa-ribu ringgit atau dengan kedua2-nya dan Mahkamah boleh-Iah memerentahkan supaya isteri yang lari itu kembali kapada suami-nya.

(2) Sa-orang laki2 yang mengambil atau melarikan perempuan kechuali anak dara atau perempuan yang berkahwin dengan tujuan perempuan itu melakukan persetubohan haram dengan sa-saorang, atau menyembunyikan atau menahan perempuan itu, dengan tujuan itu boleh di-hukum penjara sa-lama tidak lebeh daripada enam bulan atau denda tidak lebeh daripada lima ratus ringgit atau kedua2-nya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.