Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 150. Anggapan.

Maka sa-siapa dengan melanggar fasal 149 dalam Undang2 ini telah menjual sa-barang makanan dalam sifat-nya sa-bagai sa-orang makan gaji kapada sa-orang lain maka majikan-nya akan di-anggap telah bershubahat melakukan kesalahan itu dan telah menyebabkan kesalahan itu berlaku oleh kerana pershubahatan-nya itu melainkan ia mengesahkan bahawa kesalahan yang telah di-lakukan oleh orang gaji itu bukan dengan kebenaran-nya, pengetahuan-nya atau izin-nya dan bahawa ia telah mengambil semua langkah yang munasabah untok mengelakkan berlaku-nya kesalahan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.