ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERALIHAN



Seksyen 41. Penerusan prosiding sivil dan jenayah.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, pemansuhan seksyen 17, 18, 19 dan 22 Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1977 [En. No.15 tahun 1977] seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 47 Enakmen ini ataupun apa-apa jua yang terkandung di dalam Enakmen ini tidaklah akan menyentuh tanggungan mana-mana orang yang akan didakwa atau dihukum kerana kesalahan yang dilakukan di bawah peruntukan yang dimansuhkan itu atau apa-apa perbicaraan yang dibawa atau apa-apa hukuman yang dijatuhkan sebelum tarikh tersebut berkenaan dengan kesalahan itu.

(2) Tertakluk kepada peruntukan Enakmen ini, apa-apa prosiding (sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau yang wujud sebelum sahaja atau terdahulu daripada tarikh yang ditetapkan sarna ada dibawa oleh at au terhadap Majlis atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Majlis berkenaan dengan baitulmal, wakaf dan nazar boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Perbadanan sebagaimana mungkin oleh atau terhadap Majlis atau orang tersebut seolah-olah Enakmen ini tidak diluluskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.