Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN VI - NIKAH, CHERAI DAN RUJO'



Seksyen 122. Pendaftaran Nikah.

(1) Tiap2 nikah hendak-Iah di-daftarkan manakala di-terima permohonan yang di-buat dengan mengisi satu borang yang tertentu dan di-jelaskan bayaran-nya di-mana nikah berlaku.

(2) Di-dalam tempoh tujoh hari daripada tarikh nikah itu maka suami dan / atau wali bagi perempuan yang berwali, jika ada, hendak-lah memberi kenyataan berkenaan dengan keadaan nikah itu kapada Pendaftar dalam tempat itu yang nikah itu telah di-'akadkan serta semua hal2 yang mustahak bagi-nya dan hendak-lah membayar belanja pendaftaran itu. Bila Pendaftar telah menerima kenyataan hal2 nikah itu maka hendak-Iah ia dengan serta merta memasokkan ka-dalam Buku Daftar yang telah di-sediakan dan hendak-lah mengeluarkan satu Surat Keterangan Nikah.

(3) Sa-telah meng'akadkan nikah sa-lain daripada nikah yang telah di-'akadkan oleh wali atau sa-orang Pendaftar, maka orang yang meng'akadkan nikah itu hendak-lah menuliskan hal2 nikah itu ka-dalam Buku Peringatan yang disediakan untok tujuan tersebut dan hendak-lah di-dalam tempoh tujoh hari daripada tarikh nikah itu menghantar hal2 nikah itu kapada Pendaftar di-dalam tempat nikah itu di-'akadkan. Pendaftar bila menerima bayaran pendaftaran yang di-tentukan hendak-Iah menuliskan hal2 itu ka-dalam Buku Daftar yang di-sediakan untok-nya dan hendak-lah mengeluarkan Surat2 Keterangan Nikah itu, satu keping kapada suami dan satu keping kapada isteri.

(4) Pendaftar hendak-lah menentu dan menuliskan tiap2 nikah itu ka-dalam Buku Daftar-nya akan:

(5) Hendak-lah Pendaftar, apabila di-bayar belanja2 yang di-tetapkan, menyediakan Surat Ta'alik mengikut borang yang di-tetapkan, mengambil tanda-tangan pehak2 itu sendiri-nya, menanda-tangani surat itu dan memberi satu salinan daripada-nya kapada tiap2 pehak yang bernikah.

(6) Maka hendak-lah menjadi kewajipan Pendaftar iaitu sa-belum mendaftarkan mana2 nikah membuat penyiasatan untok memuaskan hati-nya bahawa segala kehendak2 Hukum Shara' dan Undang2 ini berkenaan dengannya
telah pun di-turuti dan juga nikah itu sah dan boleh di-daftarkan.

(7) Maka berkuasa-lah bagi sa-saorang Pendaftar itu pada menerima ikrar dan sumpah dan memereksa mana2 orang dengan ikrar atau sumpah berthabit dengan mana2 perkara yang di-serahkan kapada-nya bagi pendaftaran.

(8) Apakala di-daftarkan mana2 nikah dan manakala di-bayar kapada-nya akan belanja2 yang di-tetapkan itu maka hendak-lah Pendaftar itu mengeluarkan Surat2 Akuan Nikah mengikut borang yang di-tetapkan kapada kedua2 pehak yang bernikah itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.