ORDINAN 42 TAHUN 2001
ORDINAN MAHKAMAH SYARIAH, 2001

BAHAGIAN II - MAHKAMAH SYARIAH
Penubuhan dan Bidang Kuasa



Seksyen 18. Keanggotaan Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Sesuatu rayuan dalam Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah didengar dan dibereskan oleh Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi pengerusi bagi tiap-tiap prosidingnya dan dua orang Hakim lain dari Mahkamah Rayuan Syariah sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Syarie daripada kalangan anggota panel tetap Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dilantik di bawah seksyen 5(1).

(2) Walau apa pun seksyen 5, Ketua Hakim Syarie boleh melantik mana-mana Hakim Mahkamah Tinggi Syariah untuk menjadi seorang anggota Mahkamah Rayuan Syariah bagi mana-mana prosiding yang tertentu jika Ketua Hakim Syarie berpendapat wajar berbuat demikian.

(3) Ketua Hakim Syarie hendaklah -

melantik Hakim yang paling kanan anatara Hakim-Hakim Mahkamah Rayuan Syariah untuk menjadi pengerusi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.