Enakmen 11 Tahun 1965
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN UGAMA ISLAM 1965

BAHAGIAN IX - KESALAHAN2



Seksyen 159. Tiada melaporkan atau mendaftarkan.

(1) Sa-siapa yang bertanggong jawab melaporkan dibawah fasa2 122 dan 127 atau di-kehendaki menghantarkan permohonan di-bawah fasal 124 kapada Pendaftar dengan melaporkan sa-mata2 lalai atau tidak membuat demikian itu boleh-Iah di-denda tiada lebeh daripada sa-ratus ringgit.

(2) Sa-siapa yang bertanggong jawab melaporkan dibawah fasa12 122 dan 127 atau sudah membuat demikian itu di-bawah fasal 124 kapada Pendaftar dan sudah di-pinta oleh Pendaftar menerangkan atau mengeluarkan dan menandatangani mana2 surat yang mustahak bagi mendaftarkan perkara itu dengan sa-mata2 lalai atau tidak membuat saperti yang di-kehendaki boleh-lah di-denda tiada lebeh daripada sa-ratus ringgit.

(3) Sa-siapa memberi dengan lisan atau bertulis kapada Pendaftar penerangan atau penyata yang bohong atau salah yang berkaitan dengan mana2 perkara yang hendak diambil peringatan atau di-daftarkan oleh Pendaftar mengikut yang di-kehendaki di-dalam Undang2 ini boleh-Iah dihukum penjara tiada lebeh daripada tiga bulan atau dengan denda tiada lebeh daripada tiga ratus ringgit.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.