ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK (TATATERTIB DAN SURCAJ) 2001


Seksyen 22. Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198] hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa tindakan, litigasi, pendakwaan atau prosiding terhadap Majlis atau mana-mana pegawai Majlis berhubung dengan apa-apa perbuatan yang dilakukan menurut atau bagi pelaksanaan atau pelaksanaan yang dicadangkan mana-mana peruntukan Enakmen ini atau berkenaan dengan apa-apa kecuaian atau kemungkiran yang dikatakan dalam pelaksanaan mana-mana peruntukan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.