ENAKMEN 11 TAHUN 1998
ENAKMEN PERBADANAN BAITULMAL 1998

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN PELBAGAI



Seksyen 34. Larangan terhadap pendedahan maklumat dsb.

(1) Kecuali bagi maksud Enakmen ini atau maksud sesuatu perbicaraan jenayah di bawah Enakrnen ini, tiada ahli, pegawai atau pengkhidmat Perbadanan atau mana-mana subsidiari Perbadanan boleh mendedahkan apa-apa maklumat berkenaan dengan apa-apa perkara yang telah diperolehinya dalam menjalankan tugasnya dan yang tidak disiarkan menurut Enakmen ini.

(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.