ENAKMEN 8 tahun 2008
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH (KEDAH DARUL AMAN) 2008
Seksyen 20. Perakuan pewarisan
(1) Jika dalam perjalanan mana-mana prosiding yang berhubung dengan pentadbiran atau pembahagian harta pusaka seseorang si mati beragama Islam, mana-mana Mahkamah Sivil atau pihak berkuasa, selain daripada Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, adalah mempunyai kewajipan untuk menentukan—
(a) orang yang berhak kepada bahagian dalam harta pusaka itu; atau
(b) bahagian-bahagian dalam harta pusaka itu, atau bahagian-bahagian yang kepadanya orang-orang itu masing-masing berhak.
(2) Mahkamah Syariah boleh, atas permohonan mana-mana orang yang menuntut bahawa dia menjadi benefisiari atau wakilnya, dan setelah dibayar olehnya fi yang ditetapkan, memperakukan fakta-fakta yang didapati oleh Mahkamah Syariah itu dan pendapat Mahkamah Syariah itu tentang orang-orang yang berhak atau bahagian-bahagian itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.